Thursday, July 18, 2013

bab 28-13 jam-a380

izzahhafiz.blogspot.com/2013/07/bab-28-a380.html

Haydar…


Satu nama.satu ungkapan dan satu sebutan yang ingin aku lupakan sejak aku dilahirkan semula sebagai umat muslim yang benar-benar memahami agama sendiri.Mengapa disaat aku mula melupakan dirinya dengan kehadiran Fawwaz serta Emmel dia muncul kembali?Mengapa?Air liur aku telan terasa amat kesat sekali.Aku memberanikan diri untuk bersuara setelah sekian lama sekelilingku diselubungi suasana yang sunyi tapi tidak mententeramkan gelojok perasaan aku dari tadi.

“Thanks because you safe my daughter.I appericiate it”ucapku tergesa-gesa kerana tidak dapat mengawal menenangkan perasaan yang sedang berkecamuk .Belum sempat untuk aku dan Emmel berjalan,pergelangan tanganu dikelar oleh seseorang.Aku pasti pemilik tangan itu adalah Haydar.Dialah yang paling dekat dengan tempat aku berpijak kini.

“Miss,do I know you?”soal Haydar.Terlukis kerut seribu di dahinya memirkirkan tentang diriku.Baguslah kalau dia tak kenal aku tapi kenapa terselit juga di celah tangkai hati aku ini perasaan yang sukar digambarkan.Aku membiarkan soalanyang diucapkan olehnya umpama angin yang lalu seperti tidak berbekas di hati.Setelah itu, aku meninggalkan Haydar dengan sejuta persoalan yang bakal ataupun sedang muncul di dalam benak fikirannya.Aku tidak mahu dia mengetahui rahsiaku cukuplah hanya sahabat baikku yang lain.Aku mengendong Emmel lantas berjalan sepantas yang boleh untuk menghindarkan diri daripada Haydar.Aku masuk ke dalam pejabat Fawwaz kerana itulah tempat yang paling selamat dan berhampiran dengan tempat kejadian.

“Mummy…I’m sorry.I promise I don’t to do it again”.Emmel menangis teresak-esak kerana menyesal dengan perbuatannya sebentar tadi yang hampir membuat aku hilang separuh nyawa dariku.

“No…no…no,it’s not your fault.I’m sorry.Okay.Please forgive me”.Aku membuat memek muka yang pasti menggelikan hati anak kecil itu.Aku ingin membuang resah yang bertamu di dalam diri Emmel disebabkan kejadiaan sebentar tadi.Akhirnya,caraku berjaya juga.Jelas kedengaran gelak ketawa Emmel yang begitu ceria sekali.Aku pasti Emmel akan menjadi daya tarikan perhatian ramai.

Usai itu, aku terus memasuki ruang pejabat Fawwaz untuk menenangkan diri.Aku meletakkan Emmel di atas sofa yang bersebelahan dengan diriku.Aku melepaskankan keluhan yang amat berat pada fikiranku.Aku melelapkan mata untuk seketika.

Why???

Why??? 

And why???

Aku buntu untuk mencari jalan yang dirasakan baik untuk menyelesaikan semua kekeliruan ini.Aku membuka mata kerana jelas kedengaran suara beberapa orang pada fikiranku diluar termasuklah suara Fawwaz.Aku pasti mereka telah selesai bermesyuarat dan sedang berbincangkan beberapa perkara.Aku  mencari susuk tubuh Emmel di ruang pejabat Fawwaz.

Anak mataku terkaku apabila melihat susuk tubuh Emmel yang ralit bermain dengan bola kesayangannya.Seperti mengetahui dirinya sedang diperhatikan,dia pusing menghadap diriku lantas memberi sebuah senyuman yang cukup indah dan membawa aku ke jalan  Tuhan aku sejak lahir lagi.Aku menghampirinya lantas memberi sebuah ciuman di pipi gebunya sebagai tanda kasih sayangku terhadap dirinya tidak akan dan pernah pudar kerana dialah yang mengajar aku erti sebuah kehidupan dan menemukan aku dengan ketua Muslim aku sejak lahir.Aku sangat  bersyukur dengan kehadirannya.Aku bertekad akan menjadi ibu yang terbaik buat dirinya.Walaupun dia bukanlah anak kandungku,yang mempunyai darah yang sama tapi aku akan tetap menggapnya sebagai anak yang lahir daripada rahimku.
Aku kembali ke tempat duduk lalu menlelapkan mata untuk seketika untuk membuang bayangan Haydar daripada ingatanku termaksuklah pelbagai kemungkinan yang akan terjadi jika rahsiaku yang telah aku simpan kemas akhirnya bocor jua.

Apakah tanggapan mereka yang lain yang tidak tahu situasi yang sedang aku hadapi sekarang?Jika aku memberi tahu perkara sebenar adakah mereka akan  mempercayai diriku?Itulah persoalan yang sering muncul di dalam benak fikiranku.Setiap kali ia muncul aku akan menyibukkan diri kerana kuatir diri ini kan dilanda resah lalu bakal mengelirukan fikiranku yang sedia kusut kalau aku membuat keputusan yang akhirnya akan memmakan diriku sendiri.Aku tidaka mahu jika itu yang berlaku di masa hadapan kelak.Biarlah masa yang menentukan untuk membongkarkan perkara yang sebenar kerana DIA maha mengetahui segalanya.

Terima kasih Ya Allah kerana meminjamkan Emmel serta Fawwaz sekeluarga kepadaku walaupun hanya untuk sementara.Selepas bergumam sendirian,aku akhirnya dibiarkan hanyut di bawa mimpi yang berpanjang.


Tit…tit…tit

Kedengaran handphoneku berbunyi menandakan bahawa ada mesej masuk.Arrgghhh…siapa yang kacau time aku tengah nak menyendiriini.Aku meraup wajahku pantas.Aku mengambil handphone yang berada di atas meja berdekatan dengan tempat dudukku.Aku membuka inbox lalu kelihatan mesej daripada Fawwaz.

Where are you?Saya dah habis meeting-from Fawwaz.
Okey, I will wait you at your office.See you soon-from Hana.

Aku meletakkan handphoneku di tempat asal  lalu mengalihkan pandangan mencari Emmel.Aku tahu,aku terlalu kelewatan memarahinya padahal semua itu berpunca daripada aku juga kerana lalai menjaga Emmel semasa dia berada dalam pengawasan penjagaanku.Macam mana agaknya reaksi Fawwaz kalau aku bagi tahu dia aku terserempak dengan Haydar ya?Adakah dia  akan marah?Tapi buat apa dia nak marah kalau hubungan aku dengan dia pun disebabkan kontrak.Lupakanlah.Buat apa aku aku bagi tahu tak penting pun.

“Emmel come here”gamitku kepada Emmel.Emmel berhenti bermain apabila aku memanggilnya lalu bergegas datang ke arahku.

“Why mummy?You look so upset.Did  I do something that make you sad?If  I did,can you forgive me mummy?”rayu Emmel.Dia membuat muka simpati yang sampai aku tidak sanggup untuk tidak memunaikan permintaannya.Masakan aku tidak sudi memaafkan anak aku yang comel lagi petah berbicara ini.

“No.you don’t.I always forgive you,Emmel”ucapku kerana tidak mahu perasaan bersalah wujud di dalam diri Emmel yang masih mentah ini.

“So why you…”belum sempat untuk Emmel habis berbicara pintu pejabat  Fawwaz dibuka dari  luar.Fawwaz kelihatan begitu kemas dengan gaya formalnya.Aku yakin pasti ramai gadis disini terpikat dengannya.Cuma perwatakannya yang tegas itu sedikit  mereuntuhkan imejnya.Mungkin disebabkan faktor pengalaman atau dalam pengurusan perniagaan yang menyebabkannya menjadi seorang yang tegas.Mungkin…telahku sendirian.

Emmel berlari tergedek-gedek untuk mendapatkan daddynya.Fawaz mendepakan tanganya lalu memeluk Emmel erat.Sungguh aku bahagia melihat adegan di hadapanku kini.Fawwaz memandangku lalu aku hadiahkannya  sebuah senyuman sebagai permulaan bicara antara aku dengannya.

So Emmel,kita nak pergi mana sekarang?”tanya Fawwaz.

“I want to eat”.Emmel mengusap-ngusap perutnya tanda sedang kelaparan.Sungguh teletah nakal  Emmel mengudang ketawa besar kami berdua.

“Okay”.Fawwaz membuat keputusan.Kami bertiga keluar dari pejabat Fawwaz untuk menunaikan permintaan Emmel.Jika dilihat daripada mata kasar,orang lain mesti beranggapan bahawa kami adalah keluarga yang bahagia tetapi tidak kerana ia hanya adalah sebuah lakonan antara aku dan Fawwaz untuk memberikan sebuah keluarga yang bahagia kepada Emmel.