Saturday, August 24, 2019

E - FOLIO : BINCANGKAN PUNCA -PUNCA HIBURAN MELAMPAU


Image result for polisas
DUA 6022
PENYIARAN DAN KOMUNIKASI DALAM ISLAM
TAJUK : PUNCA – PUNCA HIBURAN MELAMPAU
KELAS : DTM5B
NAMA PENSYARAH : USTAZ SAIFUL NIZAM

NAMA
NO . PENDAFTARAN
NUR IZZAH BINTI ABD HAFIZ
02DTM17F1007
AERINEA AMERRA BINTI NORAIDEE
02DTM17F1123
NORFARHANA BINTI A. HALIM
02DTM17F1043
UMI SUFI FARZANA BINTI MAT TAJUDDIN
02DTM17F1013
SITI NOR AYUNI BINTI NORMARZUKI
02DTM17F1049
NURUL FARAH AINI BINTI KAMAROZAMAN
02DTM17F1120










PENGENALAN

Image result for hiburan melampau image

 Hiburan ialah peristiwa, persembahan, atau kegiatan yang direka bentuk untuk memberi nikmat kepada penonton, walaupun contohnya untuk permainan komputer, "penonton" mungkin hanya seorang sahaja. Para penonton boleh menyertai hiburan secara pasif, umpamanya menonton opera, atau secara aktif seperti dalam permainan komputer.Industri yang membekalkan hiburan digelarkan industri hiburan. 

    Antara matlamat utama manusia ini dicipta oleh Allah SWT adalah untuk mengabdikan diri kepada Nya seperti yang firmankan oleh Allah dalam surah Az Zariyyat ayat 56 yang bermaksud :  

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”

      Maka menjadi tanggungjawab kita untuk menjadikan setiap aktiviti kita termasuk berhibur sentiasa berada di dalam ruang lingkup beribadah kepada Allah SWT.

     Kebelakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan remaja. Perlakuan sosial yang negatif tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni kemanusian serta agama.

      Justeru kita lihat, keruntuhan akhlak dikalangan remaja sebagai tunggak masa hadapan negara kini semakin meningkat. Gejala sosial semakin berleluasa, keselamatan benda awan terjejas, kesejahteraan umat juga tidak terkawal. Secara terperincinya, pelbagai faktor yang menyebabkan kekurangan moral dan keruntuhan akhlak dikalangan remaja, salah satunya adalah disebabkan “hiburan yang melampau”.Hal ini boleh digambarkan dengan pelbagai adegan yang berlaku pada masyarakat kita hari ini.

PUNCA – PUNCA HIBURAN MELAMPAU

Image result for gvf 2019

Keruntuhan akhlak remaja zaman ini boleh berpunca daripada salahnya cara ibu bapa mendidik mereka daripada kecil. Jika dibesarkan dengan kurang perhatian dan kasih sayang, anak-anak akan terbiar. Mereka lebih selesa membuat hal sendiri. Jika dengan kekerasan, anak-anak akan suka menipu dan memberontak. Oleh itu, mereka akan mencari rakan untuk meluahkan atau mencari hiburan bagi melepaskan tekanan yang diterima dari pihak keluarga. Bentuk-bentuk hiburan yang menjadi kegemaran remaja sekarang adalah bermain permainan video, melayari internet, bersosial seperti melepak, merempit dan lain-lain. Yang paling ketara, remaja zaman sekarang tidak boleh berenggang dengan telefon bimbit. Bagi mereka, telefon bimbit seperti nyawa mereka. Yang merisaukan adalah cara penggunaan gadjet. Daripada penggunaan telefon bimbit dan internet yang berterusan, mereka terdedah dengan perkongsian lucah dan benda yang tidak senonoh. Terdapat banyak aplikasi masa kini yang memberi pautan dan laman web tidak elok. Akibat daripada penyalahgunaan gadjet ini, remaja yang teransang dengan fikiran yang tidak senonoh dan perangai yang kurang menghormati orang lain terutama wanita. Fikiran yang kotor boleh membawa mereka kepada hubungan kaum sejenis, rogol dan liwat. 

Remaja penuh dengan sifat ingin tahu dan suka mencuba benda baru. Kebanyakkan remaja lebih suka berkongsi dengan kawan sama umur atau yang memahami keadaan diri mereka. Akan tetapi, jika salah memilih rakan, ia juga boleh membawa padah. Kawan yang mempunyai aura negatif, boleh menyebabkan terjerumusnya kepada dadah, arak dan lain-lain. Kes seperti ini sering terjadi dikalangan remaja yang belajar jauh dari keluarga dan tidak biasa dengan suasana baru. Ini boleh menyebabkan remaja-remaja mengalami kejutan budaya di tempat baru. Bila remaja-remaja ini sudah terjebak, mereka berasa seronok. Mereka menggunakan alasan bahawa jauh dari keluarga dan kawan adalah teman untuk berseronok. Tambahan pula, berkenalan dengan berlainan jantina juga adalah salah satu hiburan buat remaja zaman sekarang. Budaya bercouple makin berleluasa dikalangan remaja bagi menghilangkan sunyi dan membuat teman keluar. Melihat rakan mempunyai pasangan, kita pun ingin mencuba. Budaya seperti ini boleh membawa kepada zina. Daripada budaya ini, kita banyak mendengar kes-kes pembuangan bayi di media massa sama ada media cetak mahupun media elektronik.


Dalam kajian kami mencari kesan tiada kEsan baik yang kami temui. Antara kesan yang kurang baik ialah :

1. Sikap pentingkan kemewahan.

2.  Peningkatan kes jenayah.

3. Keruntuhan akhlak dalam golongan remaja.

4. Terapan nilai nilai negatif.

5. Menggagalkan usaha remaja menjadi golongan yang manusia yang sempurna  dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi
  
6. Meningkatkan gejala sosial dalam kalangan remaja dan belia

7. Menyebabkan generasi muda lupa akan matlamat hidup yang sebenar.

8.Menggagalkan usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang berwawasan dan berilmu pengetahuan.

9. Golongan remaja dan belia semakin jauh dari 
pada nilai-nilaikeagamaan.

10. Maruah keluarga tergadai

Image result for hiburan melampau image
Terlampau taksub dengan artis luar sehingga lupa akan batas pergaulan




1.    Remaja perlu mendekatkan diri dengan didikan agama. Disamping menerapkan nilai-nilai murni dalam diri dengan bergaul bersama yang berpengetahuan dan orang yang arif tentang agama.

2. Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam memberikan perhatian, pendidikan yang serius dan juga mencurahkan kasih sayang yang cukup terhadap anak-anak mereka.Bak kata pepatah melayu, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

3. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut.Selain itu menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan dalam diri mereka. 

4. Mereka juga perlu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.

5. Berkawan dengan kawan yang dapat membantu dalam pelajaran, mengajak kepada kebaikan dan positif.

6. Berjumpa dengan guru atau orang yang dipercayai untuk mendapatkan nasihat dan pandangan yang baik.

7. Peranan media massa dengan memberi kempen atau rancangan yang menghidupkan jiwa dan rohani. 

8. Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas. 

9.  Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis.Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar.Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis.

10. Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut. 

11. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting.Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah.Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif.PIBG jangan lah jadi umpama “kucing tak bergigi, tikus lompat tinggi-tinggi”.


PENUTUP
Kesimpulannya,semua pihak haruslah berganding bahu untuk memainkan peranan masing – masing. Selain itu,remaja juga haruslah berfikir dahulu sebelum  membuat sesuatu keutusan .fikirkan sama ada keputusan yang dibuat itu baik atau buruk kepada diri sendiri. Remaja juga haruslah memilih kawan yang betul kerana sekirannya salah berkawan,buruk padahnya kerana pengaruh rakan sebaya ini berat kepada diri sendiri kerana rakan sebaya ini adalah orang kedua yang rapat dengan diri kita selepas keluarga. Sebagai ibu bapa adalah digalakkkan supaya sentiasa mengawal aktiviti harian anak -anak supaya anak – anak tidak menjadi liar dan dapat dikawal. Sekiranya dirumah mempunyai WIFI, ibu bapa hendaklah memantau bahan – bahan yang anak -anak lihat di media elektronik. Akhir sekali, guru -guru pula mestilah setiasa menunjukkan tingkah laku yang baik dan sopan di hadapan anak murid masing – masing.

Firman Allah ta’ala yang artinya

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu” (QS Al Hujuraat [49]:6 )
Pengertian orang yang fasik adalah orang yang secara sadar melanggar larangan atau hukum agama.
Orang yang fasik sebagaimana yang disampaikan dalam firman Allah ta’ala yang artinya, “(yaitu) orang-orang yang melanggar perjanjian Allah sesudah perjanjian itu teguh, dan memutuskan apa yang diperintahkan Allah (kepada mereka) untuk menghubungkannya dan membuat kerusakan di muka bumi. Mereka itulah orang-orang yang rugi.” (QS Al Baqarah [2]:27)
Bagi orang-orang yang fasik, tempat mereka adalah neraka Jahannam.

RUJUKAN

1 : JURNAL
2 : BLOG 
3 : RISALAH 
4 : MAJALAH KEPERIBADIAN UNGGU
5: MAJALAH IMAN


Monday, January 1, 2018

AL-QURAN DAN PERANANNYA DALAM MENERUSKAN TRADISI KEILMUAN ISLAM



                                 


DUA2012 : SAINS TEKNOLOGI KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

TAJUK : AL-QURAN&PERANAN DALAM MENERUSKAN TRADISI KEILMUAN ISLAM

NAMA PENSYARAH : PN. NORAINI BINTI NAWAWI

NAMA AHLI : AERINEA AMERRA BINTI NORAIDEE        (02DTM17F1123)

                                        : AINA NUR SHAFINA BINTI JEFFRI HAZRIN
                                                 (02DTM17F1100)

                                        :UMI SUFI FARZANA BINTI MAT TAJUDDIN
                                                (02DTM17F1013)

                                        :NURUL FARAH AINI BINTI KAMAROZAMAN
                                                 (02DTM17F1120)


 : Siti nur ayuni binti nomarzuki
 02dtm17f1049




PENGENALAN

Islam merupakan agama yang amat mementingkan ilmu kepada umatnya. Perkara ini terbukti dengan adanya ayat-ayat al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. yang menggalakkan umatnya, belajar, mengajar dan memberi ganjaran serta kelebihan orang yang berilmu (Taha 114,al-Zumar 9, al-Mujadalah 11). Tradisi keilmuan Islam berkembang pesat dengan tertubuhnya pusat pengajian terkenal di Baghdad, Basrah, Kufah dan Andalus. Begitu juga perkembangan perpustakaan yang menjadi pusat penyelidikan para ilmuan Islam.
Dalam tradisi keilmuan Islam, kita dapati ada tiga jenis perpustakaan iaitu perpustakaan umum, perpustakaan khas dan perpustakaan khas-umum. Perpustakaan umum iaitu perpustakaan yang dibuka untuk orang awam seperti perpustakaan di masjid-masjid. Antaranya perpustakaan Basrah dan Perpustakaan al-Azhar. Di Baghdad sahaja terdapat 38 buah perpustakaan umum dan di Cordova terdapat 70 buah perpustakaan. 

Perpustakaan khas ialah perpustakaan peribadi yang dimiliki oleh para pembesar dan ulama seperti perpustakaan Fatah bin Haqan (w. 247H) dan perpustakaan Ibn Khasyab (m. 567). Perpustakaan umum-khas iaitu perpustakaan yang khusus untuk para ulama, sarjana dan pelajar. Perpustakaan ini tidak dibuka kepada umum tetapi dibenarkan kepada ahli-ahlinya sahaja. Antaranya Perpustakaan Baitul Hikmah yang didirikan oleh Harun al-Rasyid di Baghdad, Perpustakaan Dar al-Hikmah yang didirikan oleh Hakam Amrillah pada tahun 395H di Kaherah dan Perpustakaan Cordova. 

Kegiatan keilmuan ini membuktikan bahawa tradisi keilmuan Islam berkembang pesat pada zaman tersebut bersama dengan kegemilangan tamadunnya. Sesuatu tamadun tidak dapat dibina tanpa tradisi keilmuan. Dengan kata lain, sesuatu tamadun berkembang berseiringan dengan tradisi keilmuan yang mantap dan tuntas. Oleh sebab itu, pembinaan tamadun kini mesti mengambil kira tradisi keilmuan dengan mewujudkan dan memperbanyakkan institusi pendidikan yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa. Begitu juga, kita perlu melahirkan ulama, sarjana dan pemikir yang berkaliber yang mampu membuat kajian, penyelidikan dan penterjemahan. Tanpa unsur-unsur tersebut institusi pendidikan dan keilmuan tidak akan berkembang. 

Dalam meningkatkan tradisi keilmuan, sikap individu itu sendiri amat penting. Tradisi ilmu tidak akan berjaya hanya bersandarkan kepada bentuk fizikal bangunan institusi pendidikan tersebut dengan segala kemudahannya. Malahan yang lebih utama ialah kesedaran orang awam dalam menghargai ilmu dan budaya membaca yang tinggi. Kadar membaca di kalangan masyarakat Malaysia belum boleh dibanggakan lagi. Di negara-negara maju, kita boleh lihat masyarakatnya sentiasa berkepit dengan buku di mana-mana sahaja. Keadaan ini belum lagi berlaku di negara kita. Kalau adapun mungkin sebilangan kecil sahaja atau membaca bahan-bahan bacaan berunsur hiburan. 

Sepatutnya kita mengambil manfaat sebanyak mungkin dalam dunia teknologi maklumat bagi menjana ilmu. Melalui internet, kita boleh mendapat bahan-bahan ilmu dengan mudah dan cepat, mengetahui buku-buku terbaru dalam pasaran dan tesis-tesis yang telah dibuat di universiti-universiti di seluruh dunia. Secara ringkasnya, tradisi keilmuan perlu penyegaran semula dan ia memerlukan sokongan semua pihak terutama mereka yang bergelar ulama, sarjana dan pemikir. 




 HURAIAN
Ø Institusi Pendidikan Di Minangkabau : Surau

Usaha Pendidikan di Minangkabau diasaskan oleh Burhan al-Din (1646-92) membina institusi Pendidikan di kampung halamannya di Ulakan,Minangkabau, setelah sahaja menamatkan pengajiannya dengan gurunya Sheikh ‘Abd al-Ra;uf al-Sinkili di Acheh,dengan membuka institusi Pendidikan yang dinamakan ‘surau’ . Perkataan surau secara umumnya merujuk kepada masjid kecil yang tidak sahaja sebagai pusat Pendidikan dan ibadat tetapi juga digunakan untuk pelbagai aktiviti keagamaan. Di Minangkabau surau sebagai pusat Pendidikan mempunyai keadaan yang hampir sama dengan pondok di Semenanjung Malaysia dan pesantren di Jawa. Terdapat dua bentuk surau iaitu ‘surau kecil’ dan ‘surau besar’.

Surau kecil mengandungi lebih kurang 20 pelajar hingga 80 pelajar (surau yang sederhana) dan ada yang menjangkau 100-1000 pelajar  (surau besar). Surau kecl mempunyai ciri-ciri yang sama dengan ‘surau mengaji’ – surau tempat mempelajari Al-Quran. Selalunya, terdapat hanya seorang guru yang berfungsi juga sebagai seprang imam (ketua sembahyang). Sebaliknya, surau sederhana dan surau besar memang dibangunkan oleh Tuanku (Sheikh) akan menarik ratusan malahan ribuan pelajar. Guru-guru yang mengajar ini selalunya tinggal di salah satu bahagian surau dengan para pelajar akan membina pondok di sekeliling surau besar. Ketua organisasi surau atau guru utamanya ialah Tuanku Sheikh, yang dibantu oleh timbalannya yang biasanya anak atau menantunya. Di bawahnya, terdiri guru sebahagiannya terdiri daripada  pelajar yang senior yang telah memiliki tahap keilmuan yang baik dan berpengalaman. Tuanku Sheikh selalunya menagajar pelajar-pelajar yang lebih tinggi, sebaliknya guru mengajar pelajar di peringkat rendah atau pertengahan. Pelajar-pelajar yang menuntut di surau ini dipanggil ‘murid’. Tuanku Sheikh menjadi simbol kepada surau itu sendiri kerana kedudukan tinggi surau bergantung kepada karisma dan keilmuan sheikh surau tersebut.

Ø Institusi Pendidikan Di Jawa : Pondok Pesantren

Selain Acheh, Pendidikan Islam tersebar melalui pusat-pusat pengajian lain seperti Jawa,Banjar,Riau,Pattani,Terengganu,dan Kelantan. Di Jawa,system Pendidikan di Acheh ialah kerana masjid merupakan elemen yang tidak dapat dipisahkan dengan pesantren dan dianggap tempat paling sesuai mendidik ilmu keagamaan kepada para santri (penuntut yang menuntut di pasantren). Guru atau ulama yang mengajar dipanggil ‘kiyai’. Pondok pesantren ini dikatakan diasaskan oleh Sunan Giri salah seorang dari Sembilan wali yang dipercayai memainkan peranan utama mengislamkan penduduk Pulau Jawa. Kemudiannya,santri yang telah menamatkan pengajian di Giri atau di pesantren Sunan Giri di Giri,pulang ke kampung halaman masing-masing dan membina pesantren di tempat mereka.

Di samping itu, ada yang menyatakan asal pesantren ialah di Demak kira-kira 1513 yang pernah menjadi pusat Pendidikan utama di Pulau Jawa. Kesultanan Demak merupakan negeri islam pertama di Jawa. Peranan Demak sangat besar sebagai pusat Pendidikan dan penyebaran Islam di Jawa yang sangat terkenal dengan peranan Sembilan Wali itu.

Di Jawa,terdapat 4 jenis pesantren. Pertama,mempunyai saiz yang kecil seperti surau kecil di Minangkabau. Ia lebih sering dipanggil langgar. Pelajarnya dikenali sebagai santri kalong- pelajar yang datang ke pasantren semasa sesi pengajian sahaja. Kedua,dipanggil pesantren asas atau permulaan yang menyediakan pengetahuan agama di peringkat asas. Selalunya,pelajar di peringkat ini diajar dengan buku-buku tertentu yang berkaitan dengan islam. Kebanyakkan pelajar tinggal kompleks pesantren itu sendiri.Mereka digelar santri mukim yang bermaksud pelajar tetap.


Guru yang mengajar di sini dipanggil kiyai anom.Ketiga,pesantren tinggi atau peringkat tinggi yang khusus untuk santri yang telah memiliki ilmu yang agak tinggi.Mereka mempelajari ilmu berkaitan   
pelbagai disiplin ilmu dengan lebih mendalam dan terperinci.Guru tertinggi dan utama disini dipanggil kiyai sepuh atau kanjeng kiyai.Peringkat terakhir pesantren ialah pesantren khusus iaitu tempat pelajar-pelajar mempelajari salah satu cabang ilmu agama dengan lebih mendalam.

Sistem Pendidikan pesantren pada masa kini telah tersebar di seluruh pelosok Indonesia dan diiktiraf oleh kerajaan Indonesia kerana memiliki sesuatu sistem pembelajaran yang tersusun seperti adanya sistem peperiksaan pada akhir tahun. Ramai santri atau pelajarnya berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi seperti di universiti-universiti tempatan atau luar negeri.Di antaranya, melanjutkan pelajaran di Institut Agama Islam Negeri atau singkatannya IAIN yang setaraf dengan Universiti.

 TOKOH-TOKOH ILMUAN ATAU CENDEKIAWAN MELAYU
Hamzah Fansui
Beliau merupakan seorang ilmuan Islam yang sangat terkenal kerana pemikiran-pemikirannya yang mencabar dan kontroversi pada masa itu.Beliau merupakan seorang ulama Islam yang sangat gemar menggembara mencari ilmu.Beliau menggembara dari satu tempat ke satu tempat di Timur Tengah dan Kepulauan Melayu untuk mempelajari ilmu tasawwuf serta hakikat Tuhan.Seorang yang mahir dalam syair-syairnya ialah Syair Dagang , Syair Si Burung Pingai , Syair Perahu , Syair Burung Pungguk , Syair Sidang Fakir dan Syair Tongkol.Kebanyakan syair ini mengenai tasawwuf dan akhlak.Beliau telah memperkenalkan konsep-konsep tasawwuf ke dalam masyarakat Melayu ketika itu melalui penggunaan perkataan Arab dalam syair-syairnya seperti tauhid ,wasil ,azali ,wujud ,fana dan seumpamanya.Melalui perkataan-perkataan ini beliau memperkayakan perbenderaan Bahasa melayu kerana perkataan ini kemudiannya diterima menjadi sebahagian Bahasa Melayu.Ilmu tasawwuf beliau telah tersebar di Aceh dan di tempat-tempat lain.Fahaman wujuddiah yang dipeloporinya menjadi ikutan ramai ilmuan lain.Ajarannya dikenali sebagai Pengajian Tunuh atau Martabat Tujuh.Bagaimanapun , di pihak lain yang tidak sealiran dengannya telah mengundang penentangan yang kuatterutama dari Syeikh Nuruddin Ar-Raniri.Kitab-kitab prosa yang telah dihasilkan anataranya Asrar al-Arifin ,Syarab al-Asyiqin dan al-Mutahi.

Shamsuddin al-Sumatrani
Seorang ahli agama dan ilmuan yang aktif tidak sahaja terlibat dengan hal-hal keagamaan tetapi juga sangat produktif dalam menulis.Beliau seorang ulama yangsangat aktif yang terlibat dalam pentadbiran Kesultanan Acheh.Beliau menjadi penasihat kepada Sultan yang kemudiannya dilantik sebagai Kadi Malik al-Adil.Beliau juga mahir dalam Bahasa Arab dan telah melahirkan penulisan dalam Bahasa Arab seperti Jawahir al-Haqaiq , Tauhid al-Tullab fi Ma`rifah Malik al-Wahbab , Risalah Baiyin Mulahazat al-Muwahidin ala al-Muhtadi , Fi Zikr Allah , Ktab al-Harakah dan Nur al-Daqaiq.Kitab-Kitab dalam Bahasa Melayu pula antaranya Mir`at al-Imam , Mir`at  al-Mukminin , Syarah Mir`at Qulub , Mir `at al Haqiqah , Mir`at al-Muhaqqiqin , Sarah Mir`at Qulub , Syarah Ruba`I Hamzah Fansuri ,dan Zikr Daairati Qaaba Qansaim aw Adna.

Sheikh Nuruddin al-Raniri
Beliau seorang yang sangat dikenali di dalam penulisan Melayu lama kerana telah menulis pelbagai topic yang berkaitan kajian Islam termasuklah dalam sufisme yang ketika itu merupakan topik yang popular di Acheh.Beliau telah dilantik oleh Sultan Iskandar Thani (1636-1641) sebagai ketua agama bagi Istana Acheh yang bergelar Kadi Malik al-Adil.Kemudiannya dilantik menjadi Mufti bagi negeri Acheh di bawah pemerintahan Sultan Safiatuddin.Nuruddin sangat terkenal dengan penentangannya yang kuat ke atas fahaman wujuddiyah yang diperolehi oleh Hamzah Fansuri dan Shamsuddin al-Sumatrani hingga membawa kelahiran beberapa buku bagi menentang fahaman tersebut.
              Karya yang paling utama dan mendapat tempat istimewa dalam masyarakat Melayu terutama di kalangan para raja ialah buku Bustan al-Salatin(Taman Raja-Raja), buku ini berkaitan etika raja yang memerintah.Selain itu, beliau telah menulis pelbagai kitab jawi yang hingga kini masih popular di kalangan masyarakat Melayu dan disimpan sama ada secara orang perseorangan atau di pelbagai perpustakaan di alam Melayu ini.Kitab-kitab itu antaranya ialah Sirat al-Mutaqim (Jalan yang Lurus) ,Durrat al-Faraid bi Syarah al-Aqai`id (Permata Berharga tentang Penerangan Iman) , Hidayah al-Habib fi al-Tarqib wa al-Tarqib (Panduan kepada Pencinta tentang Kebahagian dan Ketakutan ) , Lata`if al-Asrar (Kesempurnaan Misteri ) , Asrar al-Insan fi Ma`rifat al-Ruh wa al-Rahman (Rahsia Manusia dalam Memahami Ruh dan Tuhan ), Tibyan Fi Ma`rifat al-Adyan (Penjelasan tentang Ilmu Agama), Akhbar al-Akhirah fi Ahwal al-Qiyamah (Berita Tentang Akhirat dan Hari Pengadilan) , Ma al-Hayah li Ahl al-Mamat (Air Kehidupan untuk Kematian) , Jawahir al-Ulum fi Kasyf al-Ma`lum (Permata Pengetahuan untuk Kesedaran Iman ), Sifa al-Qulub (Pengubat Hati ), Hujjah al-Siddiq li dafi Zindiq (Bukti Kebenaran Menentang Atheisme) , Al-Fatha al-Mubin ala al-Mulhidin (Kejayaan Menentang Atheisme)

Abdul Rauf al-Singkel
Beliau juga merupakan seorang penulis buku yang berkaitan dengan Islam yang aktif yang pernah dilantik sebagai Kadi Malik al-Adil.Beliau juga seorang yang terlibat dalam pengajaran agama.Di antara penulisan beliau ialah Mir at at-Tulab ( Cermin Pelajar ) , Turjuman al-Mustafid , Ummdat al-Mahtajin ( Faedah kepada sesiapa yang memerlukan ), al-Tarikah al-Shatariyah (buku tentang aliran sufi yang dikenali sebagai al-shatariyan), Majmuk al-Masail (kerja-kerja sufi) , Mawaidz al-Badiah (Buku tentang etika Islam ),Kifayah al-Mu`tajin ( buku Panduan untuk masyarakat bagi memahami sufi ),Daqaiq al-Huruf (pengajaran tentang sufi dan panduan tentang mengamalkannya), Hadith Nabi (Koleksi tentang nabi dan penulisan Islam lain.)

Sheikh Abdul Samad al-Palembani
Beliau juga terkenal sebagai seorang penulis yang aktif berkaitan dengan Islam di samping seorang ulama yang mengajar pendidikan Islam di pelbagai institusi pengajian Islam.Beliau juga penentang fahaman wujuddiyah dan beliau juga mempopularkan fahaman sufi yang diterima oleh ahli Sunnah wal-jamaah.Beliau telah menulis beberapa buah buku yang sebahagiannya berdasarkan kitab al-Ghazali yamg bertajuk Sir al-Salikin dan Hidayah al-Salikin.

Sheikh Arshad al-Banjari
Beliau merupakan seorang ulama dari Banjarmasin , Kalimantan pada abad ke-18.Beliau telah melahirkan buku yang bertajuk Tuhfat al-Raghibin yang membicarakan tentang aliran sufi yang diterima oleh ahli Sunnah wal jamaah.Dalam bidang fekah beliau telah menulis buku tentang panduan undang-undang Islam yang bertajuk Sabil al-Muhtadin li Tafaquh fi amr al-Din.

Raja Ali Haji
Beliau telah menulis beberapa buah buku pengajian Islam dalam Bahasa Melayu seperti Syair Hukum Nikah , Gurindam Dua Belas , Bustan al-Katibin , Tuhfat al-Nafis , Salasilah Melayu dan Bugis , dan Pengetahuan Bahasa.Selain itu , bapa beliau Raja Ahmad juga seorang penulis yang telah menulis beberapa buku yang di antaranya Syair Perang Johor , Syair Ungku Puteri dan Syair Raksi.Mereka ini merupakan golongan ulama dan penulis yang berasal daripada keturunan keluarga Diraja Riau.Di antara ahli keluarga merka yang lain juga aktif seperti Raja Hassan anak kepada Raja Ali Haji yang telah menulis Syair Burung , begitu juga dengan cucu Raja Ali Haji , Raja Haji Abdullah yang telah meulis kitab belajar Bahasa Melayu.Hikayah Tanah Suci dan Ghayah al-Muna , Syair Shahisah.


Daud bin Abdullah al-Fatani
Beliau merupakan seorang penulis dari Fatani yang aktif yang telah melahirkan 30 buah kitab kesemuanya.Buku utamanya ialah Furu al-masa`il yang berkaitan dengan undang-undag Islam yang ditulis pada tahun 1838.Beliau juga menulis tentang buku ibadah yang bertajuk Muniyyat al-Musalli yang menjadi buku panduan pelbagai institusi pendidikan di alam Melayu.Sebagai seorang penulis yang produktif beliau telah menulis dalam pelbagai bidang seperti teologi , umdang-undang Islam , sufi , hadis , dan sastera.
              Pada abad ke-18 dan 19 di Kesultanan Patani , telah lahir ramai ulama dan juga penulis yang menulis pelbagai buku yang berkaitan pengetahuan agama Islam dalam Bahasa Melayu.Buku-buku mereka ini menjadi buku teks kepada institusi pendidikan di alam Melayu malahan di luar dari dunia Melayu antaranya teredar di Vietnam dan Kampuchea.Di antara penulis yang aktif ini termasuklah Daud al-Fatani itu sendiri. Selain itu , di Patani ini juga terdapat beberapa Penulis lain yang aktif seperti Zayn al-Abidin bin Mohammad al-Fatani , yang menulis buku Kashf al-Ghaybiyah dan Muhammad bin Ismail Daud al-Fatani yang menulis buku teks untuk sekolah agama yang terkenal bertajuk Matla al-Badrayn yang membincangkan tentang teologi.

Abdul Malik bin Abdullah
Beliau merupakan seorang penulis dari Semenanjung Malaysia yang juga seorang ulama yang telah membangunkan institusi pengajian Islam (pondok) di Pulau Manis Terengganu.Hasil kerjayanya yang terkenal sekali ialah Kitab Hikam.Beliau juga menjadikan panduan kepada masyarakat Islam di Kepulauan Melayu yang hendak mengamalkan sufi yang diterima oleh ahli Sunnah wal-jamaah.

Munsyi Abdullah
Beliau merupakan seorang tokoh penulisan yang digelar sebagai Bapa Kesusasteraan Melayu Moden dan juga pernah digelar sebagai Bapa Kewartawanan Melayu.Beliau telah melahirkan beberapa buah buku penting yang menganalisis kehidupan pemimpin dan masyarakat Melayu pada zaman penjajahan Inggeris.Antara karya-karya beliau ialah Syair Singapura Terbakar , Kisah Pelayaran Abdullah , Syair Kampung Gelang Terbakar , Hikayat Abdullah , Dawail al-Kulub , Kisah Pelayaran Abdullah di Negeri Jeddah.Cetitera perihal Haji Sabar Ali , lawatan ke kapal asap P.S Sesostris , Hikayat Panjat Tanderan dan menerbitkan semula Sejarah Melayu dan Kitab Adat Segala Raja-Raja Melayu dalam Segala Negeri.Beliau merupakan seorang tokoh Melayu tang melewati zamannya.Ini kerana , beliau telah mengkritik secara terbuka corak hidup masyarakat Melayu ketika itu. Bagaimanpuan , beliau merupakan seorang entlek yang telah menyumbangkan pemikirannya terhadap masyarakat Melayu.Beliau bukanlah merupakan seorang guru atau ulama sebagaimana tokoh-tokoh ilmuan yang dibincangkan sebelum ini.Sebaliknya beliau merupakan tokoh ilmuan yang meninggalkan pemikirannya dalam buku yang ditulisnya sebagai satu pandangan dan teladan tang menggambarkan masyarakat Melayu dan kelemahan-kelemahan mereka ketika itu.

JURNAL ILMIAH POPULAR DAN BESAR BAHASA
Jurnal-jurnal popular di Rusia juga ramai mengabadikan beberapa artikel tentang Arab(Islam) san Al-Qu`ran jurnal ‘Aghlayu’, pada tahun 1793 memuat tulisan-tulisan tentang ‘Etape Khalifah Abd al-Rahman’ di masa-masa kejayaan pemerintahannya.Kisah ini begitu popular di publik Rusia hingga era Leo Tolstoy dan Maksim Gorki misalnya ,Tak ketinggalan dalam kaitan ini adalah publikasi tentang Al-Qu`ran.Jurnal ‘Zherkala Sveta (Kaca Dunia )’tahun 1786 memuat artikel-artikel.’Tentang al-Qu`ran dan ‘Pustaka Ilmuwan’ pada tahun 1793.Dapat ditambahkan di sini sebuah buku yang laris manis hingga harus mengalami cetak ulang sebanyak 3 kali (1774,1786,1792) iaitu berjudul “Muhammad dengan al-Qu`ran “ karya Peter Bogdanovich”.
                   Fakta-fakta di atas dengan jelas menunjukkan secara terang bagaimana pada paruh kedua abad 18 M minat dan perhatian terhadap studi arabistika dan kajian Al-Qu`ran di Rusia mengalami perkembangan pesat dan telah mendapat simpati luas.Harus diakui pada masa-masa ini tuntutan terhadap disiplin kebahasaan (linguistik ) mendapat proporsi utamanya mengingat ketergantungan yang ada selama ini terhadap Bahasa-bahasa perantara semisel Perancis dan Jerman bagi publik Rusia dalam mengakses sumber-sumber Arab dan Islam sangatlah besar.
                   Releven dengan itu dapat dipahami bila sekitar tsahun 1784 catherine The Great mempelopori penyusunan kamus besar bahasa-bahasa dunia yaitu Latin,Arab,Jerman, Rusia ,Swedia, dan Finlandia.Sumber-sumber utama yang digunakan untuk maksud tersebut pertama sekali adalah dengan memanfaat material-materil yang terkumpul pada ekspedisi yang disebut-sebut dengan nama ‘Espedisi Akademisi Kedua’ yang dilakukan antara tahun 1969 hingga 1774 di bawah pinpinan Pallas dan Gilhdenshteid.Meski menjalani pasang surut , projek besar ini terus berlanjut hingga akhirnya bagian pertama kamus besar ini berhasil dicetak pada tahun 1787 yang baru memuat 285 kosa kata dan terdiri atas 51 bahasa Eropah serta 149 bahasa-bahasa Asia.
                  Pada tahun 1789 diluncurkan bagian kedua dari kamus besar tersebut , sedangkan tahun 1790-1791 mulai diadakan revesi ulang di bawah redaksi F.I Yankovich de Miriyevo (1741-1814) dengan menerbitkan menjadi empat jilid.Edisi revisi ini selanjutnya disusun dengan pendekatan komparatif antara Bahasa dunia yang secara keseluruhannya berjumlah 279 bahasa dengan perincian sebagai berikut:171 bahasa Asia , 55 bahasa Eropah , 30 bahasa Afrika dan 23 bahasa Amerika.I.Yu Krachkovsky menegaskan bahawa dalam edisi inilah Bahasa Arab-Madagaskar telah mulai mendapat tempat perhatian .Bahasa Arab yang terhimpun dalam edisi ini menempati entri ke-85 diiringi Bahasa Semit lainnya seperti Eropah (entri 81 dan 82 ),Haldais (entri 83) dan Siria ( entri 84).
                  Khasanah tradisi Arabistika Rusia abad ini diperkukuh pula oleh karya orientalis-muslim Rusia asal Orenburg.Dalam karya yang dikenal dengan nama ‘Assesoricollege Mendiyer Besherin (Bekchurin)’ ini terhimpun perbendaharaan kata-kata Arab yang diperbandingkan Glossari dengan tujuh Bahasa-bahasa Timur yaitu Rusia –Arab –Persi -Mesherya-Kirgziria-Khivian –Bukhara .Karya ini merupakan hasil dari M.Becherin pada tahun 1780-1781 yang pernah bertugas sebagai Duta Besar Rusia Bukhara.Ia mengunakan kesempatan tugS kenegaraannya ini untuk mengumpulkan koleksi data-data penting di wilayah kerjayanya.Pada tahun 1811 ia pun ditunjuk sebagai consellor dan perterjamah senior pada kedutaan Rusia di Khiva.
                  Begitu pula halnya dengan penerbitan artikel’Arabskiy Yazik v lemene i Yegipe’(Bahasa Suku Bangsa Arab di Yemen dan Mesir) telah semakin memperkaya khazanah awal tradisi Arabistika Rusia .Karya ini banyak didominasi catatan ini dihimpun secara khusus ‘Perbendaraan Arab –Madagaskar’sebanyak 285 ungkapan dalam bentuk grafis :pertama –tama diikuti terjemahan Bahasa Rusia dan dilengkapi dengan transkripsi Arabnya ssecara parallel dengan menggunakan huruf-huruf (aksara) Rusia.
                 Meski demikian , banyak Arabis Rusia yang sependapat dengan ahli Bahasa lainnya bahawa kamus-kamus dan catatan manuskrip tentang perbendaharaan kata Arab pada abad ke 18 M di atas belum dapat memberikan makna yang terlalu penting untuk menyebut bahawa tradisi Arabistika di Rusia telah terbentuk mapan.Pada era ini belum lagi terdapat pengajaran Bahasa Arab yang sistematik pada lembaga-lembaga pendidikan tinggi Rusia (tentulah terkecuali dalam hal ini pendidikan tinggi dan madrasah-madrasah Islam di Rusia.Sebagian besar para ahli menyebutkan bahawa belum dijumpai pondasi dasar yang berarti bagi pembentukan tradisi ilmiah Arabistika Rusia dalam arti yang sesungguhnya.
Ilmu sebagai dasar peradaban
Bicara tentang peradaban tak lepas dari bicara tentang unsur unsur pembentuk peradaban. Ilmu adalah bagian dari peradaban peradaban manapun - bahkan merupakan dasar dari suatu peradaban. Tanpa ilmu, tidak akan ada peradaban yang lahir. Seperti peradaban Islam yang lahir dari tradisi keilmuan Islam yang bersumber dari Al quran dan Hadist yang menjadi pedoman pokok.Ilmu memegang peranan yang sangat fundamental dalam proses pembentukan suatu peradaban. Begitu pentingnya masalah ilmu ini, buku-buku klasik Islam - semacam kitab-kitab hadist seperti Sahih Bukhari atau Sahih Muslim atau kitab klasik Ihya Ulumuddin karangan Al Ghazali - memulai awal bab-nya mengenai ilmu. Peran penting ilmu ini bahkan diungkapkan oleh Imam Bukhari.Untuk mengilustrasikan pentingnya ilmu dapat dikutip kata kata bijak Imam Al Ghazali. Beliau mengatakan, Orang-orang yang selalu belajar akan sangat dihormati dan semua kekuatan yang tidak dilandasi pengetahuan akan runtuh.Seorang ulama kontemporer, Yusuf Qadrawi, juga mengungkapkan bahwa ilmu merupakan pembuka jalan bagi kehidupan spiritual yang terbimbing. Ilmu merupakan petunjuk iman, penuntun amal; ilmu juga yang membimbing keyakinan dan cinta. Dalam risalahnya mengenai prioritas masa depan gerakan Islam, beliau menempatkan sisi intelektual dan ilmu pengetahuan sebagai prioritas.Konsep ilmu memiliki pengaruh yang sangat besar dalam tubuh peradaban dan menjadi ruh dari peradaban Islam . kejayaan Peradaban Islam dalam sejarah klasiknya bahkan diidentikkan dengan kejayaan ilmu pengetahuan. Prof Wan Moh. Nor Wan Daud pernah mengungkapkan bahwa pencapain-pencapaian peradaban Islam dahulu amat sangat terkait dengan adanya tradisi ilmu di dalamnya, dan hal ini sudah tercatat dalam sejarah. Dari perspektif sejarah terbukti bahwa sebuah bangsa yang kuat tetapi tidak ditunjang oleh tradisi ilmu yang baik, akan mengadopsi ciri dan kekhasan bangsa yang ditaklukkannya tetapi memiliki tradisi ilmu yang baik. Contoh kongkret dari pernyataan ini adalah Bangsa Tartar yang mengobrak-abrik peradaban Islam di Baghdad dahulu kala tetapi justru malah terislamisasikan. Bagaimana wujud tradisi ilmu ini bisa dicirikan dengan terwujudnya masyarakat yang melibatkan diri dalam kegiatan keilmuan, ilmu merupakan keutamaan tertinggi dalam sistem nilai pribadi dan masyarakat. Munculnya penemuan-penemuan saintifik atau kemajuan teknologi di dunia Islam pada masa silam tidaklah terbayangkan tanpa adanya tradisi ilmu yang menggerakkannya, karena pencapaian-pencapaian itu adalah manifestasi dari tradisi ilmu itu sendiri yang ada pada saat itu.Dari ulasan di atas, jelaslah bahwa ilmu adalah dasar atau landasan yang fundamental bagi pembentukan sebuah peradaban dan tradisi ilmu dalam masyarakat tertentu menentukan bagaimana peradaban dalam masyarakat tersebut.
Tradisi Intelektual / Keilmuan Islam
Berdasarkan sumber ilmu dalam Islam Al-quran dan Hadist lahirlah tradisi keilmuan dalam Islam meliputi fiqh, kalam / tauhid, tasawuf bahkan filsafat. Dari tradisi ini lahirlah konsep konsep ilmu seperti kedokteran, fisika, biologi, dll. Bagaimana kolerasi antara fiqh, kalam, tasawuf dan filsafat dengan ilmu ilmu seperti kedokteran, fisika, biologi, dll adalah wujud keunggulan dalam tradisi keilmuan Islam. Para ilmuwan kedokteran, fisika, biologi, dll merupakan para ahli fiqh, ahli kalam, failasuf bahkan sufi yang sangat tunduk dan taat pada Allah dengan segala perintah dan larangan - Nya. Hal ini yang sangat terlihat berbeda dengan para ilmuwan yang banyak kita temui dewasa ini yang lahir dari tradisi keilmuan barat sekuler ( saya menyebut barat sekuler bukan barat saja - untuk menunjukkan bahwa saya tidak mengeneralisir barat yang akan menimbulkan kesan seakan akan anti dengan semua yang berbau barat) yang mendikotomi antara ilmu dengan agama seolah olah keduanya sangat terpisah jauh dan tidak ada kaitan satu sama lain.Tradisi keilmuan Islam tersebut melahirkan peradaban Islam yang menawarkan pencerahan bagi kehidupan karena nilai nilai yang dibawa dengan berlandaskan Al quran dan hadist Nabi dengan misi rahmatan lil alamin. Dengan tradisi keilmuan Islam yang luar biasa hebat pada masa silam, maka Islam berjaya selama tujuh abad lebih. Dengan tradisi keilmuan Islam, Daulah Islam dapat menguasai dan mencerahkan Eropa yang dulunya miskin dan berada dalam masa kegelapan ( dark ages ) dan membawanya menuju peradaban yang maju, masa pencerahan ( the age of Enlightenment ).Jika diamati, terdapat satu kekhasan dalam tradisi keilmuan Islam pada masa silam yang dikembangkan ilmuwan ilmuwan muslim pada saat itu yang justru membawa kejayaan bagi tradisi keilmuan itu sendiri dan peradaban Islam pada saat itu, yang tidak dimiliki peradaban lain seperti barat misalnya.yaitu adanya unsur unsur berikut KerendahhatianContoh : Al-Haytsam dalam karyanya Optics, mengakui bahwa pengetahuannya terbatas dan mungkin ada kesalahan dlm karyanya.Hal ini menunjukkan Kerendahhatian yang merupakan tonggak dasar dalam tradisi keilmuan Islam.Pengakuan akan keterbatasan metode ilmiah.Contoh : Al-Biruni mengingatkan pembaca akan keterbatasan metodenya. Mengakui banyak metode dalam sains, baik nalar, eksperimen, dan intuisi. Berbeda dengan gagasan ilmuwan barat seperti Bacon yang hanya terpaku pada empirisme dan rasionalisme.Penghargaan terhadap subjek yg diamati, alam,dll.Para ilmuwan muslim menghargai subjek subjek yang diamati dengan landasan bahwa itu semua adalah tanda tanda kebesaran Allah yang justru membuat mereka semakin tunduk dan taat pada Allah dengan ilmu yang dimilikinya.
Tujuan Ilmu dalam Islam
Islam memandang bahwa ilmu adalah alat untuk mendapatkan pengetahuan tentang Allah, keridhoan, dan kedekatan kepada- Nya. Itulah mengapa ilmu menjadi sangat signifikan dan fundamental dalam Islam. Bahkan menuntut ilmu dihukumi wajib bagi setiap muslim. Hal ini banyak diterangkan dalam Al Quran maupun hadist yang menjelaskan pentingnya ilmu dan keutamaan orang orang yag berilmu di hadapan Allah. Peran ilmu idealnya dpt menolong manusia dlm perjalanannya menuju Allah. Dengan ilmu, seorang muslim seharusnya dapat bertaqarrub kepada Allah, di antaranya meliputi .Meningkatkan pengetahuan tentang Allah,Dapat dengan efektif membantu pengembangan masyarakat Islam mencapai tujuan - tujuannya. Dapat membimbing orang lain. Dapat memecahkan berbagai problem masyarakat.Selayaknya manusia terdidik harus menyadari dari mana asal ilmunya dan menggunakannya untuk mencapai ridho Allah. Untuk semakin tunduk pada Allah dengan segala perintah dan larangan Nya. Berbeda dengan tujuan ilmu di barat yang berkembang dewasa ini dengan Empirisme dan rasionalismenya, ilmu untuk ilmu, ilmu untuk materi, ilmu untuk kekuasaan, dsb. Dalam islam, ilmu untuk beramal dan beribadah kepada sumber pemberi ilmu. Seperti yang dikatakan Prof. Laode M. Kamaluddin, selaku Rektor unissula, dalam diskusi peradaban yang rutin dilaksanakan tiap selasa sore bahwa semua ilmu berasal dari Allah. Maka ilmu itu harus menjadi sarana untuk beribadah kepada Allah.Ilmu harus dapat mewujudkan pencerahan bagi kehidupan seperti yang telah diwujudkan peradaban islam di masa kejayaannya yang mencerahkan dunia sebagaimana visinya yaitu rahmatan lil alamin. Hal ini mutlak dan harus dapat terwujud sebagai implementasi dari tujuan ilmu dalam Islam itu sendiri.






CATHERINE THE GREAT DAN NAFAS BARU STUDI ARABISTIKA DI RUSIA
Baru ketika Catherine The Great (1762-1796) memerintah takhta Rusia, upaya serius untuk membentuk mazhab orientalisme Rusia pada umumnya, dan tradisi intelektual arabistika pada khususnya kembali mendapat perhatian besar. Perhatian tersebut terlihat dari beberapa kebijakan kerajaan yang ditempuh Catherine The Great yang antara lain berupa: kaderisasidan institusionalisasi studi arabistika, penterjemahan Al-Qur’an versi Petersburg dan Kazan, penterjemahan literatur Arab dan para kelana Rusia, serta penerbitan jurnal ilmiah popular dan Kamus Besar Bahasa-bahasa Dunia.

1. KADERASASI DAN UPAYA INSTITUSIONALISASI STUDI ARABISTIKA
Pada tahun 1765-1766 usaha pengiriman beberapa kader arabistika Rusia kini dibuka. Namun berbeza dengan era Peter The Great yang mengirim para kadernya ke dunia Timur (Turki dan Parsi), kali ini kader-kader dikirim ke negara-negara Eropah yang telah lebih dahulu memiliki reputasi tinggi dalam bidang orientalisme, iaitu Belanda dan Inggeris, serta Jerman. Di Belanda kader-kader Rusia belajar pada ilmuwan Leiden, Ivan Yakob Schultens (1716-1778), di Inggeris pada ilmuan Oxford, Ivan Uri (1724-1796), dan di Jerman pada ilmuan Gettinghene, I.D. Michaelis (1717-1791).
     Kelompok pertama dari kader-kader tersebut kembali ke Rusia pada tahun 1772 dan sisanya pada tahun 1775-an. Sangat disayangkan sebahagian besar dari mereka meninggal dunia pada usia muda, dan lainnya tidak terakomodir secara baik sehingga terpaksa bekerja dan melakukan suka rela mentransfir ilmunya bukan pada spesialisasi yang seharusnya. Upaya di atas kembali dihidupkan secara individual oleh Rektor Universitas Tubinghem di Moskwa, Ivan Matim Shaden (1731-1797), dengan membuka program studi semitologi dan bahasa Arab. Pada paruh kedua abad 18 M akhirnya kita melihat program pengajaran bahasa Arab telah diberikan secara sistematik di sekolah-sekolah umum di Astrakhan. Agaknya program ini tidak dapat dilepaskan dari pengaruh proyek-proyek serupa di Lebnitzs, yang pertama ditujukan secara ekslusif bagi anak-anak dan putra prajurit kerajaan (1764). Program eksklusif tersebut kemudian diperluas di sekolah-sekolah rakyat lain (1788) dan akhirnya mula merebak ke perguruan-perguruan tinggi yang lain (1806). Dan itu semua tidaklah menghairankan manakala kita mendapati pakar gramatik bahasa Arab yang pertama di Rusia berasal dari Astrakhan, iaitu akademik Skibinevski (1810).
     Peran penting tradisi arabistika bagi pemerintahan Rusia pada era ini mencapai momentumnya. Ratu Catherine The Great tak urung mengeluarkan Surat Keputusan (Rusia: Ukaz) tanggal 27 September 1782 yang menginstruksikan pengajaran bahasa Arab secara khusus harus diberikan pada sekolah-sekolah kawasan tertentu. Pengajaran dilakukan secara parallel dengan bahasa Persia, Tatar, dan Bulghar.
     Harus diakui pula momentum ini didorong motif politik yang berkembang dan tengah dihadapi Rusia menjelang akhir abad ke-18. Beriringan dengan perang Rusia-Turki sepanjang tahun 1770-an bahasa Arab semakin gencar diajarkan secara luas di Universiti Negeri Moskwa (1777) dan Universiti Negeri Saint-Petersburg (1778), setelah bahasa Turki tentunya. Bila pengajaran bahasa Arab meneruskan tradisi yang sudah ada sebelumnya, maka untuk pengajaran bahasa Turki diambil dengan melakukan penerjemahan sumber-sumber gramatik bahasa Turki dalam bahasa Perancis. Sumber-sumber tersebut antara lain adalah Pedoman Gramatika Bahasa Turki terbitan Konstatinopel(Istanbul) karya I.B. Holderman (1694-1730), sejarawan dan Turkologi terkenal. Pada saat itu R. Gablitzd yang ditunjuk untuk bekerja sebagai pelaku penterjemahan dari teks-teks berbahasa Perancis. Rintisan ini mempunya erti penting bagi perkembangan studi arabistika Rusia kerana hal tersebut merupakan pondasi awal dalam pertumbuhan dunia percetakan dalam negeri yang menggunakan bahasa dan tata grafik Arab.

2. PENERJEMAHAN AL-QUR’AN VERSI PETERSBURG DAN KAZAN
Dunia percetakan Rusia yang menggunakan huruf-huruf dan aksara Arab pada akhir abad ke-18 mencapai kemajuan yang memberangsangkan berkat adanya penerbitan teks Al-Qur’an versi Saint Petersburg. Di samping untuk menyebarluaskan Al-Qur’an sebagai tuntutan dari kaum muslim Rusia, tidak dapat dipungkiri agaknya Catherine The Great juga menyimpan aliran politik tersendiri dan terutama terkait dengan tengah berkecamuknya peperangan Rusia melawan Turki. Setidaknya hal tersebut dapat terlihat dalam korespondennya kepada Dr. Schimmermann di universiti Gettinghem pada tanggal 6 Mei 1788 yang berbunyi: “Tampaknya, bagi dia tak ada tempat yang lebih baik lagi; saya meminta kepada Anda untuk mengirim buah karyanya tersebut bersama dengan informasi/report pertama saya kepada Anda tentang keberhasilan terhadap Turki”.

     Menurut I. Yu Krachkovsky, ide utama yang terkandung dalam korespondensi dapat lebih difahamkan manakala dikonfirmasikan dengan data dalam surat jawapan dari Dr. Schimmermann pada tanggal 9 Julai 1788 yang menulis: “Jika perang (dengan Turki) saat ini berlangsung seperti yang (Ratu) tuturkan, seperti yang dimulai oleh pangeran Nassaw dengan armada-armada laut yang dimilikinya, maka segera perlu dicetak kembali Al-Qur’an versi Petersburg edisi baru”. Terlepas dari tendensi politik tersebut, keunggulan seni-design grafik Arab dalam percetakan-percetakan Rusia telah mendapat pujian Dr. Schimmermann kerana mampu mendekati keunikan kualiti karya-karya kaligrafi Islam terkemuka yang tidak dapat diambil alih oleh teknologi tipografis Barat pada masa itu. Dr. Schimmermann kembali menuturkan; “Dari apa yang diajukan untuk cetak terbit [protokol No. 120 Senat Gurubesar Tertinggi Universiti Gettinghem tahun 1788] ketahuilah Yang Mulia, Prof. Heine [H.G. Heine, pen.] di universiti kami telah mengumumkan kepada orang ramai maklumat tentang telah dicetaknya Al-Qur’an dengan keadaan yang baik, yang kiranya sudilah paduka menjadikannya sebagai hadiah bagi perpustakaan-perpustakaan universiti Slavian. Semoga Paduka sudi mengetahui: bahwa percetakan buku-buku Arab yang dilakukan para ahli di Petersburg jauh mengungguli keindahan yang dihasilkan percetakan-percetakan Eropah Barat dan bahkan Inggeris sekalipun”.

     Demikianlah pengulasan yang dibuat oleh tokoh otoritatif, pendiri filologi klasik mazhab Gettinghem, Prof. Akademikus H.G. Heine (1729-1812) tentang cetakan al-Qur’an edisi Petersburg. Proses cetak ulang ini telah dilakukan sebanyak enam kali dalam sebelas tahun lamanya (1787-1798) dan tersebar dikalangan kaum terpelajar Eropah sehingga memperoleh sambutan yang cukup luas. Tidak kurang dari Silvister de Sasi (1758-1838) di Perancis mahupun Schnurer (1742-1822) di German, dua tokoh terkemuka Arabistika Eropah memuji Al-Qur’an terbitan Petersburg ini.
     Penting dicatat bahwa bila pada masa-masa paling awal persentuhan antara Rusia dan Islam, Al-Qur’an disebut-sebut telah merasuk ke dalam kehidupan bangsa Rusia Kuno pertama sekali berkat upaya terjemahan dari Romawi-Yunani dan Latin-Polski yang umumnya masih bernuansa anti-Islam, maka pada masa pemerintahan ratu Catherine The Great terjemah Al-Qur’an versi Petersburg dan Kazan telah berhasil dilakukan langsung dibawah kepeloporan seorang tokoh muslim Rusia, Mulla Usman Ibrahim pada tahun 1787. Terlebih lagi, untuk konsumsi domestik umat muslim Rusia, maka pada tahun 1812 percetakan dan penerbitan Al-Qur’an dipindahkan ke kota Kazan (kini ibu kota Republik Tatarstan, salah satu pusat Islam terbesar di Rusia). Tentu tidaklah menghairankan bila kemudian cetakan Al-Qur’an edisi Kazan ini pada awal abad ke-20 M dijadikan contoh “master” bagi percetakan Al-Qur’an di Krim, Turki, Mesir serta India. Ironisnya bagi Rusia sendiri, dimana tokoh-tokoh Arabistikanya belumlah ada, peran penting cetakan al-Qur’an Petersburg tidaklah mendapat sambutan sebesar gaungnya di Eropah Barat.
      Penerbitan dua edisi al-Qur’an (Petersburg dan Kazan) beserta terjemahannya pada akhir abad ke-18 semakin memperbesar kebutuhan domestik Rusia terhadap pengetahuan dan ilmu-ilmu ketimuran serta tradisi Arabistika. Bahkan pada masa-masa selanjutnya terjemahan-terjemahan tersebut tidak saja memberi pengaruh besar kepada tumbuhnya sejarah Arabistika Rusia, namun juga berpengaruh besar terhadap sejarah budaya dan peradaban Rusia itu sendiri. Sebagai bukti nyata tentang hal itu dapat dilihat bagaimana terjemahan Al-Qur’an yang dilakukan M.I. Verevkin (1790) telah menjadi inspirasi utama bagi A.S. Pushkin dalam menorehkan karya-karyanya yang diberi judul “Padrazheniya Koranu” (Meniru al-Qur’an).

3. PENERJEMAHAN LITERATUR ARAB DAN PARA KELANA RUSIA
Mengiringi sukses besar penerjemahan Al-Qur’an edisi Rusia di atas tak pelak lagi upaya penerjemahan beberapa literature Arab lainnya telah menjadi elemen terpenting dalam tradisi literatur Rusia. Tunjuklah salah satu karya besar yang pertama diakses Maksim Gorki, adalah terjemahan kisah romantik “Seribu Satu Malam” yang ditulis pada 1796 di kota Smolensk. Bangsa Rusia dan Eropa Barat pada umumnya bersentuhan dengan karya ini dalam bentuk seutuhnya berkat terjemahan edisi Perancis oleh Gallyane
(1649-1715). Edisi terjemahan Filatov ini untuk pertama kalinya diterbitkan di Moskwa tahun 1763-1771 sebanyak 12 bagian dan mengalami cetak ulang 4 kali (1776-1784, 1789, 1796, 1803).

     Agaknya dapat dikatakan bahawa Al-Qur’an dan kisah “Seribu Satu malam” merupakan satu-satunya koleksi terlengkap literatur Arab yang dapat diakses luas untuk moyang bangsa Rusia modern pada abad ke-18 M. Penting diperhatikan bahwa kegairahan serupa juga melanda kalangan orientalisme-Arabistikapada bangsa-bangsa Barat dan Eropah berkat prestasi gemilang Antoine Galland (1646-1715) yang berhasil menerjemahkan kisah 1001 malam dengan tajuk “A Thousand and One Nights”. Mengiringi sukses tersebut pada era pemerintahan Catherine The Great, masih tetap mengikuti pola yang sama iaitu karya-karya tentang Islam ataupun catatan-catatan petualang di negeri-negeri Timur Tengah diterjemahkan ke dalam bahasa Rusia, terutama sekali dari bahasa Perancis.
     Dalam konteks ini sangat penting dikemukakan beberapa catatan pengembaraan antara lain: Pertama, catatan memorial petualang Rusia V.G. Grigorovich-Barskiy (1701-1747), dipublikasi sekali pada tahun 1788, yang memiliki arti penting bagi studi Arabistika masa-masa awal. Kedua, catatan pelaut M.G. Kakovtsov (1745-1793), nenek moyang dari semitolog terkenal Rusia P.K. Kokovtsov (1861-1942), yang telah menghabiskan bertahun-tahun di Laut Hitam dan sekitarnya. Catatannya hingga kini menjadi sumber utama dalam literatur Rusia tentang watak-watak bangsa Arab di Aljazair dan Tunisia. Sedangkan aktiviti ritual haji umat Islam pada era 17-18 M ini masih sangat sedikit diketahui publik Rusia. Tercatat baru tahun 1862 di kota Kazan dipublikasikan sebuah artikel tentang “Laporan Perjalanan Dua Haji pada tahun 1751 dan 1783”.
     Berbeza halnya dengan bahasa Perancis, sumber-sumber berbahasa Jerman agaknya jauh lebih sedikit dilakukan penerjemahan. Setidaknya dijumpai terjemahan A. Aleksiev (1789) yang memuat beberapa peristiwa dalam Islam seperti: Sejarah tentang protes Ali Bey terhadap otoritas Pelabuhan Usmani. Terjemahan ini memuat beberapa data baru tentang Mesir, Palestin, Siria, Turki serta petualangan dari Aleppo ke Balzar.
     Minat dan perhatian terhadap dunia Arab pada era ini sangatlah terasa. Pada tahun 1787 di kota Kalugh, Rusia, dicetak terjemahan brosur berbahasa Perancis antara lain “Senandung Singkat Tentang Arab” serta sekitar tahun 1786-an terbit sebuah artikel “Rekan Sejawat dan Sebaya Yang Mulia Carlos: Harun al-Rasyid”. Beberapa tahun kemudian (1797) diterbitkan pula beberapa anekdot dalam bentuk “Catatan-catatan dari Manuskrip Arab” yang diterjemahkan ke dalam bahasa Jerman. Bahkan redaktur buku “Pustaka Ilmuan, Ekonomi dan Penghulu Juris”, P.P. Sumarokov, menaruh perhatian serius pada persoalan-persoalan kultural Arab. Dalam karyanya itu tepatnya dalam bab “Memoriam Tentang Tokoh-tokoh Terkemuka Sejarah Era Baru (Abad Modern)”, P.P. Sumarokov memuat artikel tentang: “Abu Yusuf, Faqih Awal Abad IX, Abu Hanifa, Faqih dan Teolog Terkemuka Umat Islam (l. 699), Abu Raihan, Astronom Islam Abad XI, dan Mezuye, Doktor Khalifah Wati’Billah’’.







TRADISI KEILMUAN DAN PENDIDIKAN DALAM TAMADUN MELAYU DI NUSANTARA
KEILMUAN DAN INSTITUSI PENDIDIKAN
Tradisi keilmuan dalam tamadun Melayu banyak diasaskan oleh adanya tradisi pendidikan yang cemerlang dan tersusun yang telah wujud terutama sejak kedatangan Islam di alam Melayu. Peranan sistem pendidikan ini telah menyumbang kepada perkembangan perkembangan ilmu pengetahuan hingga pencapai tahap yang tinggi dan dalam masa yang sama melahirkan golongan ulama dan cendekiawan Melayu yang ulung. Hingga hari ini, nama-nama mereka ini ini sangat masyur seperti Hamzah Fansuri, Raja Ali Haji Munshi, Abdullah Munsyi, dan ramai lagi. Bidang keilmuan yang berkembang ini tidak sahaja melibatkan bidang ilmu-ilmu keagamaan tetapi juga bidang kesusasteraan, kesenian, bahasa, ilmu perubatan, ilmu bumi, matematik, astronomi, ilmu politik dan sebagainya.
INSTITUSI PENDIDIKAN DI MELAKA: ISTANA, RUMAH GURU, DAN MASJID
Pada peringkat awal, pusat pendidikan adalah di istana. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka, pendidikan yang mendapat keutamaan ialah pendidikan Islam. Istana juga dijadikan perpustakaan atau tempat penterjemahan dan penyalinan. Contohnya, Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhammad Ali Hanafiah, dan al-Durr al-Manzum telah disimpan dan menjadi bahan bacaan di istana. Selain istana, terdapat juga tempat-tempat lain yang menjadi pusat pengajian di Melaka seperti rumah maulana, madrasah, surau, masjid dan sebagainya.
     Mengikut catatan Ibnu Batutah seorang pengembara berbangsa Arab, istana raja Pasai merupakan pusat pengajian Islam yang terulung pada abad ke-14 M. Perbincangan dan perdebatan isu-isu agama sering diadakan di istana sultan. Perbincangan turut disertai oleh para ulama dan Sultan Pasai ketika itu iaitu Sultan Malik al-Zahir. Sementara itu, istana Melaka juga menjadi tempat perbincangan ilmu agama dan pusat pengajian bagi putera-putera raja di seluruh alam Melayu. Ia juga berfungsi sebagai perpustakaan dan tempat penyalinan juga tempat penterjemahan. Raja-raja Melaka seperti Sultan Mansur Shah dan Sultan Mahmud Shah pernah mempelajari ilmu agama. Istana raja-raja Melayu menjadi pusat pendidikan penting bagi anak-anak raja daripada golongan bangsawan di samping menjadi pusat tumpuan ahli-ahli bijak pandai dan para ulama.
     Tokoh agama sebahagian besar terdiri dari bangsa Arab. Antaranya, Makhdum Sayid ‘Abd Aziz, Kadi Yusuf, Maulana Abu Bakar, Maulana Sadar Johan, kadi Munawar Abu Sahak, dan lain-lain. Mereka merupakan pedagang-mubaligh yang mendapat tempat istimewa di dalam kerajaan Melaka. Sultan sendiri menuntut ilmu daripada mereka ini seperti Sultan Mahmud Shah yang mengunjungi rumah Maulana Yusuf untuk mempelajari kitab Ma’lumat. Kitab-kitab yang dipercayai menjadi pegangan di Melaka ialah al-Dar al-Manzum oleh Abu Ishak al-Shirazi, Ihya’ Ulumiddin oleh al-Ghazali, dan Minhaj al-Talibin oleh al-Nawawi.
INSTITUSI PENDIDIKAN DI ACHEH: MEUNASAH, RANGKANG, DAYAH DAN JAMIAH
Meunasah
Dalam tradisi keintelektualan Melayu seperti negeri-negeri Melaka, Acheh, Jawa (kerajaan Demak), dan juga negeri-negeri Melayu yang lain berperanan memberikan pendidikan tinggi kepada rakyat. Di Acheh, sistem pendidikan mempunyai beberapa tingkatan. Tingkatan pertama, atau pendidikan asas atau dasar bermula di meunasah atau madrasah. Ia didirikan di tiap-tiap kampung atau desa. Kedudukannya lebih kurang sama dengan sekolah kebangsaan di Malaysia hari ini. Di sini, murid-murid diajar menulis, membaca huruf Arab, membaca Al-Qur’an, cara beribadah, akhlak, kisah-kisah daripada sejarah Islam, Rukun Iman dan syair-syair riwayat Nabi. Buku-buku pelajaran dalam bahasa Melayu seperti kitab Perukunan dan risalah Masailal Muhtadin.
Rangkang
Selepas menamatkan pelajaran di meunasah, mereka akan meneruskan pelajaran menengahnya di rangkang. Di sini mereka mula mempelajari bahasa Arab, Ilmu Tauhid, Ilmu Fiqah, Ilmu Tasawuf, Sejarah Islam dan pelajaran umum lain seperti ilmu alam, ilmu hisab, dan sejarah umum/sejarah dunia. Di samping menggunakan buku-buku yang ditulis dalam bahasa Melayu, buku-buku bahasa Arab juga banyak digunakan sebagai rujukan di rangkang.
Dayah
Kemudiannya selepas peringkat menengah, mereka akan menyambung ke peringkat yang dikenali sebagai “dayah”. Dayah dapat disamakan dengan peringkat Sekolah Menengah Atas di Indonesia atau Madrasah Aliyah. Hampir setiap daerah Naggore (negeri) terdapat dayah. Ada dayah yang berpusat di masjid bersama rangkang tetapi kebanyakannya berdiri sendiri di luar lingkungan masjid dengan menyediakan sebuah balai utama sebagai aula yang digunakan sebagai tempat belajar sembahyang. Di antara ilmu yang diajar ialah fiqh muamalat, tauhid, tasawwuf/akhlak, ilmu bumi (geografi), sejarah/ilmu tatanegara dan bahasa Arab. Di samping dayah-dayah yang bersifat umum ada juga dayah yang bersifat khusus seperti untuk wanita sahaja,dayah yang mengajar khusus dalam bidang pertanian, ilmu pertukangan, ilmu perniagaan, dan sebagainya menurut syariat Islam. Di antara dayah-dayah yang terkenal di Acheh ialah:
a. Dayah Cot Kala
b. Dayah Seureleu
c. Dayah Blang Peria
d. Dayah Batu Karang
e. Dayah Tanoh Abay
f. Dayah Tiro
g. Dayah Rumpet
h. Dayah Teungku Chik
     Dayah yang paling terkenal sekali ialah Dayah Teungku Chik yang dikenali juga sebagai Dayang Manyang yang bertaraf akademi. Teungku Chik bererti Dayah Guru Besar. Antara mata pelajaran yang diajar di sini ialah bahasa Arab, Fiqah, Jinayat (Hukum Pidana), Fiqah Munakahat (Hukum Perkahwinan), Fiqah Duali (Hukum Tatanegara), Sejarah Islam, Sejarah Negeri-Negeri, Ilmu Mantik, Tauhid/Filsafat, Tasawwuf/Akhlak, Ilmu Falak, Tafsir, Hadis dan sebagainya. Terdapat juga Dayah Teungku Chik yang hanya mengajar ilmu-ilmu tertentu sahaja seperti Ilmu Hukum (fiqah), Ilmu Tafsir, Ilmu Hadis dan sebagainya.
UNIVERSITI BAITURRAHMAN (JAMIAH BAYT AL-RAHMAN)
Peringkat tertinggi sistem pendidikan ialah peringkat di Jamiah Bayt al-Rahman yang bertaraf Universiti. Jamiah Bayt al-Rahman ini juga merupakan sebuah masjid. Bagaimanapun, peranan masjid pada masa itu sangat luas di samping sebagai tempat beribadat ia digunakan untuk pendidikan peringkat tertinggi. Masjid ini telah dijadikan sebagai Jamiah Baiturrahman atau Universiti Baiturrahman. Di Universiti ini mempunyai beberapa fakulti keilmuan yang disebut dar. Di antara fakulti dar itu ialah:
a. Darul Tafsir wal Hadis (Fakulti Ilmu Tafsir dan Hadis)
b. Darul Tib (Fakulti Kedoktoran)
c. Darul Kimia (Fakulti Kimia)
d. Darul Tarikh (Fakulti Ilmu Sejarah)
e. Darul Hisab (Fakulti Ilmu Pasti/Hisab/Matematik)
f. Darul Siyasah (Fakulti Ilmu Politik)
g. Darul Aqli (Fakulti Ilmu Akal)
h. Darul Zira’ah (Fakulti Pertanian)
i. Darul Akhram (Fakulti Undang-undang)
j. Darul Falsafah (Fakulti Falsafah)
k. Darul Kalam (Fakulti Ilmu Tauhid)
l. Darul Wizarah (Fakulti Ilmu Pemerintahan)
m. Darul Khasanah Baitul Mal (Fakulti Ilmu Perbendaharaan/Kewangan)
n. Darul Ardli (Fakulti Ilmu Perlombongan)
o. Darul Nahwu (Fakulti Bahasa Arab)
p. Darul Mazahib (Fakulti Perbandingan Mazhab/Agama)
q. Darul Har (Fakulti Ilmu Peperangan)
     Kepelbagaian fakulti di Universiti Baiturrahman ini menjadi bukti kukuh ketinggian ketamadunan Melayu umumnya dan kehebatan serta keintelektualan masyarakat Acheh khususnya di kala itu. Keadaan ini, dipertegaskan melalui seseorang pengembara Perancis iaitu Beaulieu yang pernah berkunjung ke Acheh dalam abad ke-17 dengan menyatakan bahawa di Acheh ketika itu sedang berkembangnya ilmu pengetahuan hingga dikatakannya bahawa di Acheh tiada lagi orang yang buta huruf.
     Sejajar dengan kurikulum pendidiksn yang bertingkat-tingkat taraf itu, maka para gurunya juga mempunyai kedudukan yang bertingkat-tingkat. Bagi peringkat rendah atau dasar di meunasah, guru-guru dikenali sebagai Teungku Meunasah, bagi peringkat menengah dikenali sebagai Teungku Rangkang dan bagi peringkat tinggi dikenali Teungku Balee. Peringkat paling tinggi ialah Teungku Chik yang bertaraf mahaguru (sama kedudukannya dengan profesor pada masa sekarang) yang mengajar di Jamiah yang menjadi pakar rujuk guru-guru di Rangkang dan Dayah.
INSTITUSI PENDIDIKAN DI PASAI: MASJID DAN HALQAH
Di Samudra Pasai, terdapat dua bentuk sistem pendidikan Islam iaitu masjid dan halqah (lingkungan mengaji). Masjid di kala itu tidak hanya befungsi sebagai tempat beribadat seperti sembahyang tetapi menjadi pusat keilmuian yang amat penting. Di sinilah terdapatnya kelas-kelas pendidikan keilmuan Islam. Halqah yang selalunya mempunyai sambungan dengan masjid merupakan tempat pengajian yang utama. Ia dapat dibahagikan kepada tiga kategori; ada yang dikhususkan untuk kanak-kanak bagi pendidikan asas Islam; ada dikhususkan kepada pelajar yang lebih tinggi dan yang ketiga diksususkan untuk mereka yang mempelajari ilmu agama secara lebih khusus mengenai ilmu-ilmu Islam tertentu. Halqah ini diketuai oleh seorang guru yang utama ysng dipanggil sheikh yang dibantu oleh beberapa orang pembantu. Mereka selalunya dilantik sama ada oleh sultan atau penduduk setempat. Salah seorang pelajar keluaran Halqah ialah Nur al-Din Ibrahim Maulana Izra’il atau Nur Allah yang kemudiannya lebih dikenali sebagai Susan Gunung Jati, salah seorang dari Wali Sembilan (Wali Songo).

INSTITUSI PENDIDIKAN DI MINANGKABAU: SURAU
Usaha pendidikan di Minangkabau diasaskan oleh Burhan al-Din (1646-92) membina institusi pendidikan di kampung halamannya di Ulakan, Minangkabau, setelah sahaja menamatkan pengajiannya dengan gurunya Sheikh ‘Abd al-Ra’uf al-Sankili di Acheh, dengan membuka institusi pendidikan yang dinamakan ‘surau’. Perkataan surau secara umumnya merujuk kepada masjid kecil yang tidak sahaja sebagai pusat pendidikan dan ibadat tetapi juga digunakan untuk pelbagai aktiviti keagamaan. Di Minangkabau surau sebagai pusat pendidikan mempunyai keadaan yang hampir sama dengan pokok di Semenanjung Malaysia dan pasantren di Jawa. Terdapat dua bentuk surau iaitu ‘surau kecil’ dan ’surau besar’.
     Surau kecil mengandungi lebih kurang 20 pelajar hingga 80 pelajar (surau yang sederhana) dan ada yang menjangkau 100 hingga 1000 pelajar (surau besar). Surau kecil mempunyai ciri-ciri yang sama dengan ‘surau mengaji’ – surau tempat mempelajari Al-Qur’an. Selalunya, hanya terdapat seorang guru yang berfungsi juga sebagai seorang imam (ketua sembahyang). Sebaliknya, surau sederhana dan surau besar memang dibangunkan sebagai tempat untuk pendidikan keagamaan. Surau besar dan sederhana memang dibangunkan sebagai tempat pendidikan keagamaan. Surau besar yang dibina dan dibangunkan oleh Tuanku (Sheikh) akan menarik ratusan malahan ribuan pelajar. Guru-guru yang mengajar ini selalunya tinggal di salah satu bahagian surau dengan para pelajar akan membina pondok di sekeliling surau besar. Ketua organisasi surau ataupun guru utamanya ialah Tuanku Sheikh yang dibantu oleh timbalannya yang biasanya anak atau menantunya. Di bawahnya, terdiri guru yang sebahagiannya terdiri daripada pelajar senior yang telah memiliki tahap keilmuan yang baik dan berpengalaman. Tuanku Sheikh selalunya mengajar pelajar-pelajar yang lebih tinggi, sebaliknya guru mengajar pelajar di peringkat rendah atau pertengahan. Pelajar-pelajar yang menuntut di surau ini dipanggil ‘murid’. Tuanku Sheikh menjadi simbol kepada surau itu sendiri kerana kedudukan tinggi surau bergantung kepada karisma dan keilmuan sheikh surau tersebut.
INSTITUSI PENDIDIKAN DI JAWA: PONDOK PESANTREN
Selain Acheh, pendidikan Islam tersebar melalui pusat-pusat pengajian lain seperti Jawa, Banjar, Riau, Pattani, Terengganu dan Kelantan. Di Jawa, sistem pendidikan tradisi yang terkenal disebut ‘pesantren’. Persamaannya dengan sistem pendidikan di Acheh ialah kerana masjid merupakan elemen yang tidak dapat dipisahkan dengan pesantren dan dianggap tempat paling sesuai mendidik ilmu keagamaan kepada para santri (penuntut yang menuntut di pesantren). Guru atau ulama yang mengajar dipanggil ‘kiyai’. Pondok pesantren ini dikatakan diasaskan oleh Sunan Giri salah seorang dari sembilan wali yang dipercayai memainkan peranan utama mengislamkan penduduk Pulau Jawa. Kemudiannya, santri yang telah menamatkan pengajian di Giri atau di pesantren Sunan Giri di Giri, pulang ke kampong halaman masing-masing dan membina pesantren di tempat mereka.
     Di samping itu ada yang menyatakan asal pesantren ialah di Demak kira-kira 1513 yang pernah menjadi pusat pendidikan utama di Pulau Jawa. Kesultanan Demak merupakan negeri Islam pertama di Jawa. Peranan Demak sangat besar sebagai pusat pendidikan dan penyebaran Islam di Jawa yang sangat terkenal dengan peranan Sembilan Wali itu.
     Di Jawa terdapat 4 jenis pesantren. Pertama, mempunyai saiz yang kecil seperti surau kecil di Minangkabau. Ia lebih sering dipanggil langgar. Pelajarnya dikenali sebagai santri kalong – pelajar yang datang ke pesantren semasa sesi pengajian sahaja. Kedua, dipanggil Pesantren asas atau permulaan yang menyediakan pengetahuan agama di peringkat asas. Selalunya, pelajar di peringkat ini diajar dengan buku-buku tertentu yang berkaitan dengan Islam. Kebanyakan pelajar tinggal di kompleks pesantren itu sendiri. Mereka digelar santri mukim yang bermaksud pelajar tetap. Guru yang mengajar di sini dipanggil kiyai anom. Ketiga, pesantren tinggi atau peringkat tinggi yang khusus untuk santri yang telah memiliki ilmu yang agak tinggi. Mereka mempelajari ilmu berkaitan berkaitan pelbagai disiplin ilmu Islam dengan lebih mendalam dan terperinci. Guru tertinggi dan utama disini dipanggil kiyai sepuh atau kanjeng kiyai. Peringkat terakhir pesantren ialah pesantren khusus iaitu tempat pelajar-pelajar mempelajari salah satu cabang ilmu agama dengan lebih mendalam. Pelajar mengkhusus dalam salah satu cabang ilmu Islam.
     Sistem pendidikan pesantren pada masa kini telah tersebar di seluruh pelosok Indonesia dan diiktiraf oleh kerajaan Indonesia kerana memiliki satu sistem pembelajaran yang tersusun seperti adanya sistem peperiksaan pada akhir tahun. Ramai santri atau pelajarnya berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi seperti di universiti-universiti tempatan atau luar negeri. Di antaranya melanjutkan pelajaran di Institut Agama Islam Negeri atau singkatannya IAIN yang setaraf dengan Universiti.
INSTITUSI PENDIDIKAN DI TANAH MELAYU: PONDOK, MADRASAH DAN RUMAH GURU
Pondok
Di Tanah Melayu, sistem pendidikan Islam tradisi dijalankan melalui sekolah pondok dan pengajian madrasah. Seperti juga tradisi pesantren, pengajian pondok bergantung penuh kepada kebolehan dan karisma seorang guru atau ulama. Usaha penubuhan pondok dilakukan oleh para ulama Melayu yang telah pulang dari Timur Tengah dan pusat pendidikan tempatan. Di Terengganu, dipercayai pengajian pondok diasaskan sejak kurun ke-17 oleh Sheikh Abdul Malik atau Tok Pulau Manis. Pendidikan meliputi ilmu-ilmu keagamaan dan sejarah. Pondok-pondok memberi penekanan agama seperti fikah, nahu, Al-Qur’an, dan hadis Nabi. Guru-guru tidak menerima bayaran sebaliknya mereka menerima bayaran zakat dan sedekah kepada orang ramai. Pelajar-pelajar daripada lulusan pondok boleh melanjutkan pelajaran ke Asia Tengah terutama ke Mekah. Di Kelantan, antara ulama yang terkemuka ialah Haji Ahmad bin Muhammad Yusuf, Haji Abdul Samad bin Muhammad Salleh, Muhammad Yusuf bin Ahmad (Tok Kenali) dan ramai lagi. Pusat-pusat pendidikan pondok di Kelantan yang termashur ialah di Kubang Pasu, Pondok Sungai Budur, Pondok Kampung Banggul, Pondok Tuan Padang, Pondok Kampung Tok Semian, Pondok Bunut Payung, Pondok Tok Selihur, Pondok Tok Bachok, Pondok Tok Padang Jelapang, Pondok Tok Kemuning, Pondok Pasir Tumbuh, Pondok Sungai Durian, Pondok Lubuk Tapah, Pondok Kubang Bemban, Pondok Slow Machang dan lain-lain.
Madrasah
Pendidikan agama mengalami perubahan dan perkembangan baru apabila wujudnya gerakan pembaharuan di dunia Islam ketika itu terutamanya di Timur Tengah. Kemudiannya lahirlah sistem madrasah yang lebih sistematik dan lebih formal daripada sistem pondok. Dalam sistem madrasah ini mata pelajaran Islam tidak lagi tertumpu kepada soal-soal ibadat dan tauhid sahaja tetapi lebih menyeluruh dengan memasukkan mata pelajaran lain yang amat penting seperti ilmu hisab, ilmu alam dan lain-lain. Madrasah yang paling awal didirikan ialah pada tahun 1906 iaitu madrasah al-Maisriyah, Bukit Mertajam, Seberang Prai. Sistem pengajian madrasah menawarkan sistem pembelajaran yang lebih teratur serta berlangsung di bangunan-bangunan yang lebih baik. Madrasah-madrasah ini dibangunkan oleh tokoh-tokoh pembaharuan seperti Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Sheikh Abdullah Maghribi.
     Madrasah ini kemudiannya berkembang dengan pesatnya di seluruh Tanah Melayu ketika itu. Perkembangan madrasah amat pesat di Johor dan mempunyai keperibadiannya yang tersendiri. Ia berkaitan dengan adanya pendidikan agama yang berbentuk formal sejak abad ke-19 lagi. Johor sejak pertengahan abad ke-19, mempunyai sistem pentadbiran agama yang agak kemas apabila Jabatan Agama dimasukkan dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor pada tahun 1885. Pendidikan formal bermula apabila Madrasah al-Attas, Johor Bahru ditubuhkan pada tahun 1913. Setelah itu, ditubuhkan sekolah agama yang dinamakan Sekolah Al-Quran pada tahun 1918. Pada tahun 1920, nama sekolah ini ditukar kepada Sekolah Kitab sebelum ditukar sekali lagi pada tahun 1923 dengan nama Sekolah Agama Johor. Sekolah Agama atau juga dikenali sebagai Sekolah Arab ini kemudiannya berkembang di beberapa daerah di Johor di antaranya ialah Madrasah Khairiyah, Segamat (1920), Madrasah Haji Taib (1920) dan Madrasah Maharani al-Islamiyah (1939).
Rumah Guru
Selain sistem pondok dan madrasah, pendidikan terutama pendidikan Islam di Tanah Melayu juga dijalankan di rumah-rumah guru. Kebanyakan rumah guru ini terdiri daripada rumah-rumah ulama yang sebahagian besar datang dari negeri Arab, Parsi, dan India. Kanak-kanak dihantar ke rumah guru ini untuk belajar mengaji Al-Qur’an. Mereka juga diberi bimbingan melalui kitab-kitab usul Fekah, hikayat, dan lain-lain. Pengajaran di rumah guru ini tidak hanya terbatas untuk golongan kanak-kanak, terdapat juga pelajar-pelajar dewasa yang ingin mendalami ilmu tertentu daripada guru-guru ini yang selalunya pakar dalam bidang tertentu. Ramai juga dikalangan guru-guru ini pada masa yang sama belajar di pondok tertentu atau bekas pelajar. Tujuan mereka ialah ingin mendalami ilmu yang telah dipelajari dengan lebih mendalam.











KESIMPULAN
Terlepas dari pelbagai kontroversi, beberapa upaya yang dilakukan pada era Catherine The Great (seperti Pengkaderan dan Pembentukan Institusi Studi Arabistika, Penerjemahan Al-Qur’an versi Petersburg dan Kazan, Penerjemahan Literatur Arab dan Para Kelana Rusia, hingga penerbitan Jurnal Ilmiah Populer dan Kamus Besar Bahasa Dunia) telah merefleksikan secara nyata “political will”para pemegang kekuasaan dan keberpihakan para pengendali kebijakan di imperium Rusia untuk mengembangkan tradisi intelektual bangsanya, terutama sekali dalam bidang arabistika dan kajian Al-Qur’an.
     Namun demikian, sekalipun langkah-langkah besar di atas mendapat pengakuan luas, para ahli arabistika menyimpulkan koleksi dan manuskrip-manuskrip Arab pada era tersebut masih belum mencapai erti yang signifiksi dan masih dalam keadaan terpencar-pencar, sehingga penerbitan karya-karya sejarah dan filologis belum menggambarkan signifikasinya bagi kalangan akademik Rusia.
     Teks-teks tersebut pada umumnya masih beredar di kalangan muslim tradisional sahaja dan telaah ilmiah terhadapnya belum dilakukan secara serius. Memang tidak dimungkiri bahawa pada tahun 1856 di Leipzig telah terbit buku kecil (seperti brosur) Yulius Althman yang memuat cukup banyak data-data Arab dan beberapa terjemahan manuskrip-manuskrip Arab. Namun lagi-lagi brosur ini tidak banyak dikenal para ilmuwan-intelek Rusia karena hanya beredar luas di kalangan monastery (gereja-Othodoks Rusia) saja.
     Kalaupun ingin dikatakan sebagai upaya serius dan cukup sungguh-sungguh, adalah koleksi besar numismatik milik museum Kunstkhamera “Raja Peter I” yang dimulai pada awal abad 18 M. Koleksi kepingan wang logam ini menuntut pengetahuan yang mendalam tentang dunia Arab. Namun sayang, satu-satunya ahli tentang Arab yang dimiliki Rusia sepeninggal raja Peter The Great hanyalah orientalis besar G.J. Kehr. Setelah kematiannya, upaya serupa dilanjutkan pustakawan I. I. Taubert (1717-1771) yang pada tahun 1751 menyerahkan laporan analisanya terhadap koleksi numismatik di lembaga ilmu pengetahuan Rusia tersebut. Sedangkan pada era Catherine The Great, tercatat satu-satunya orientalis Rusia dan pustakawan museum Kunstkhamera, I.G. Bakmeyster (w.1788) yang melakukan registrasi terhadap manuskrip-manuskrip dan wang logam timur hasil ekspedisi Siberia tersebut.
     Corak utama yang mewarnai tradisi arabistika pada era Catherine The Great adalah hampir setiap masalah dan persoalan seputar arabistika dan kajian Al-Qur’an yang timbul selalu dibawa dan dikonsultasikan ke Eropa-Barat (terutama ke German) untuk memperoleh jawapan ataupun penjelasan secara ilmiah dan mendalam. Singkatnya, sepanjang abad 18 M kemandirian tradisi arabistika dan kajian Al-Qur’an di Rusia masih dipertanyakan. Namun demikian, terdapat kejayaan yang patut dicatat pada era ini bahwa terjemah Al-Qur’an versi Petersburg dan Kazan telah berhasil dilakukan langsung dipelopori oleh seorang tokoh muslim Rusia, Mulla Usman Ibrahim pada tahun 1787 dan bahkan cetakan Al-Qur’an edisi Kazan tersebut selanjutnya dijadikan contoh “master” bagi percetakan Al-Qur’an baik di Krim, Turki, Mesir dan India.
     Adalah fakta yang tak dapat dipungkiri bahwa berbagai persetujuan dan upaya-upaya yang dilakukan pada era Catherine The Great banyak mengilhami pertumbuhan dan telah memberi nafas baru bagi perkembangan tradisi arabistika serta kajian Al-Qur’an oleh para orientalis Rusia pada masa-masa berikutnya, setelah hampir mengalami mati suri seiring wafatnya Raja Peter The Great.


 RUJUKAN
5)Abdullah Basmeih (2001), Tafsir Pimpinan Ar-Rahman (Rumi), Kuala Lumpur:Darul Fikir  (rujukan buku teks) 

LAMPIRAN